Yang Tidak Ada, Tidak Akan Dapat Mengadakan Yang Ada

Ilmu

MAKRIFAT TOK KENALI

Yang mati tidak dapat mengadakan yang hidup. Yang tiada tidak dapat mengadakan yang ada.

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Aurat (sempadan) atau hak sempadan makhluk itu adalah bersifat dengan sifat tidak ada. Sebaliknya aurat (sempadan) atau hak Allah pula adalah bersifat dengan sifat ada (wujud).

Cuba tuan-tuan fikir dengan suluhan mata hati. Bolehkah kita yang bersifat tidak ada untuk menyatakan yang ada (Allah)? Melainkan yang ada itu sendirilah yang boleh menyatakan yang ada (hanya Allah yang boleh menyatakan diriNya sendiri). Hanya Allah sajalah yang mengenal diriNya sendiri. Kita yang bersifat tidak ada dan yang bersifat tidak wujud, mana mungkin dapat menyatakan Allah yang bersifat wujud. Oleh itu, sebelum tuan-tuan mengenal yang hidup, kenallah terlebih dahulu diri yang mati ini.

Setelah mengenal yang mati, barulah kita boleh mengenal yang hidup. Contohnya, kita kenal kaya kerana kita kenal miskin. Kita kenal sihat kerana kita kenal sakit dan kita…

View original post 245 more words

Leave a comment